Followers

Wednesday, December 22, 2010

Wanita ditendang, diseret peragut

KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia awal 20-an bukan saja diragut, malah ditendang ketika bergelut dengan seorang lelaki bermotosikal yang meragutnya di depan sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa yang kerugian wang kira-kira RM500 cedera pada tangan dan lutut apabila dia diseret hampir lima meter.


Menurut sumber, ketika kejadian mangsa yang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli-belah dihampiri seorang lelaki bermotosikal yang menarik beg tangannya. “Mangsa cuba menarik semula begnya menyebabkan berlaku pergelutan. Mangsa yang gagal merampas semula beg tangannya itu menjerit meminta pertolongan orang ramai,” katanya.

Sumber berkata, tersentak dengan itu suspek memecut motosikalnya menyebabkan mangsa terseret hingga terpaksa melepaskan genggaman pada beg tangannya.


Sumber berkata, wanita terbabit pergi ke sebuah hospital di kawasan berhampiran untuk mendapatkan rawatan sebelum membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini.


**kejam sungguh org sekarang ni**

Petikan berita dari harian metro

10 jenguk2:

hasrul hassan said...

Salam ..
ye betul .. kita dah semakin gila agaknya .. byk sangat yang sakit mental skang ni.

http://hasrulhassan.blogspot.com

Naniey said...

agaknyelah..bila iman tade..gitula...tkt nak kuar skang ni

Nadia arRumaisha said...

Allah Maha Adil...tak dibalas harini... dibalas akhirat kelak....

Puan aiNa Rahman said...

klo dpt peragut tu pakat lempang ramai² baru best. kejam!!!

Redbloodsnow said...

Astagfirullahhal'azim..kejam n dayus okeh! dasar!

Naniey said...

Nadia - erm tu la..lambat dgn cepat je kan

Naniey said...

Aina - hehe..kalu dpt tade dah lempang ni...rsnyer de yg kn pukul

Naniey said...

zie - tau takpe

Zur@ZaRi said...

peragut2 ni tak sedar2 kot.. mungkin kali nie naseb dier baik tu yg dapat. kalo org awam dapat tangkap dier kompom dier kena belasah!!

Naniey said...

zura - itula..tak serik2