Doaku Untukmu

Bismillahirahmanirahim..

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Ampun kan Lah dosa-dosa ibu bapa kami, Ampunkan segala dosa-dosa kami, Tempatkan roh ibu bapa kami disisimu Ya Allah,
Ya Allah engkau la tuhan kami yang satu, Engkaulah tuhan yang maha mendengar,
Pelihara tingkahlaku kami,
Lindungi kami dari segala kekufuran,
Ya Allah Jauhkan kami dari sifat riak, sifat tamak, sifat sombong,
jauhkan kami dari perasaan hasad dengki.

Permudahkanlah segala urusan kami Ya Allah.

Amin..amin ya Rabbalalamin.

Tuesday, November 18, 2008

kisah tali gantung

Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang palingbagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakankulit banduan yang akan digantung.Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000.Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akandiuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90kilo selama 72 jam.Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan iadiklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi.

"Setiap tali gantung kita terima ada perkiraannya. Kita tak bolehpoie terus dan pasang, ada cara-cara yang kita kena ikut. Kita adaempat jenis tali dan kita pilih mengikut berat banduan," jelasSamuel.

Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yangberfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.

APABILA RAYUAN DITOLAK
Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhi hukuman gantungdikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadisehingga hukuman dilaksanakan.
Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel merekadan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yangbertugas.
Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehinggahabis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan,Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.
Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, MahkamahPersekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman dimana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kadpengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara5.30 pagi hingga 6.30 pagi.

"Kita diberi satu jam untuk laksanakan hukuman. Untuk banduanberagama Islam biasanya kita akan jalankan hukuman gantung ini padahari Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunyalebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza," kata Samuel.

Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa denganpengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukumangantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak."Biasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluardengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokanharinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan digantung)," kataSamuel.Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganyayang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggudi luar penjara untuk "perjumpaan terakhir.
"Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaanterakhir ini.Banduan juga diberi pilihan untuk "hidangan terakhir" bernilaiRM7.50.

HARI PENGGANTUNGAN
Menurut Samuel, kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukumangantung "poie dengan rela" setelah menunggu begitu lamo untukhukuman dilaksanakan.
"Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengantenang dan sudah bersedia.
Ada beberapa orang sahaja yang menjadiagresif sehingga ke saat-saat terakhir.
"Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib merekalebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bilakita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yangsalam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah taktahan lagi menunggu," katanya.

Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, merekaakan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir."Jangan ikut tabiat buruk ayah" antara kata-kata terakhir seorangbanduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.

Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya padahari hukuman."Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluarsembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakaikasut berharga RM300. Mati penuh gaya. Banduan itu kata denganjenaka," cerita Samuel.

Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasukpengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada harihukuman akan dilaksanakan.

BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG
Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akansecara automatik renggang sepenuhnya bila "gear" ditarik.Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian5.18 meter.Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyiansuasana penjara.Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluardari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyaratkepada tukang gantung untuk menarik "gear" yang akan antaranyamembuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematianberlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduanakan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jamdibiar tergantung."Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormatijenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat padadia, semuanya tak ada masalah.

"Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini danletakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos-bos saya dulu," kata Samuel.

Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel.Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepadaanak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.

"Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal,lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadipenagih, satu keluarga akan terjejas," katanya sambil menjelaskanbahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.

p/s:tak tahu sejauh mn kebenaranya sb sy pon dpt melalui email..semoga menjadi pengajarn.

No comments: