Shaklee tidak pernah menggunakan haiwan untuk ujikaji ketas produk2 mereka.
Shaklee Corporation aktif menyokong pembangunan, penggunaan dan
kelulusan ujian alternatif selain yang dilakukan ke atas haiwan di
seluruh dunia. Sebagai polisi kami, Shaklee Corporation menentang dan
tidak menjalankan apa-apa ujian haiwan terhadap mana-mana produk
Shaklee. Walau bagaimanapun, dalam mana-mana pasaran asing,
agensi-agensi kawal selia mungkin bebas menjalankan ujian mereka sendiri
ke atas produk kami tanpa kawalan daripada pihak kami.
Pada tahun 2003, Ibu Pejabat Dunia
Shaklee telah dibom oleh seorang individu yang menyangka bahawa kami
melakukan ujian ke atas haiwan. Ujian ini sama sekali tidak mempunyai
kaitan dengan kami atau produk kami. Malah, ia telah dijalankan secara
berasingan oleh badan farmaseutikal yang memiliki syarikat kami pada
masa itu. Kami telah beroperasi secara bebas sejak tahun 2004.
Malangnya, tindakan keganasan yang tersilap sasar ini serta liputan
media yang berterusan terhadap suspek pengebom tersebut telah
menyebabkan kekeliruan yang mengaitkan syarikat kami dengan ujian ke
atas haiwan. Ini adalah sebuah kesilapan yang nyata. Kami sentiasa
mempercayai dan menyokong layanan beretika terhadap semua jenis haiwan.
No comments:
Post a Comment