Doaku Untukmu

Bismillahirahmanirahim..

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Ampun kan Lah dosa-dosa ibu bapa kami, Ampunkan segala dosa-dosa kami, Tempatkan roh ibu bapa kami disisimu Ya Allah,
Ya Allah engkau la tuhan kami yang satu, Engkaulah tuhan yang maha mendengar,
Pelihara tingkahlaku kami,
Lindungi kami dari segala kekufuran,
Ya Allah Jauhkan kami dari sifat riak, sifat tamak, sifat sombong,
jauhkan kami dari perasaan hasad dengki.

Permudahkanlah segala urusan kami Ya Allah.

Amin..amin ya Rabbalalamin.

Sunday, December 21, 2014

Kelemumur apa penyebabnya

Rambut adalah mahkota wanita...jadi kenalah jaga penampilan..walaupun bertudung rambut perlu di jaga

Punca Rambut Kelemumur

Biasanya masalah ini disebabkan beberapa perkara:

    Seborrheic dermatitis (gatal-gatal, kulit kepala berminyak) – punca biasa menyebabkan kelemumur. Ia kelihatan merah, kulit kepala berminyak diselaputi keruping putih atau kuning. Ia bukan sahaja berlaku pada kulit kepala malah di kawasan kulit yang mengandungi liang minyak, seperti kening, tepi hidung, belakang telinga, tulang dada, celah kangkang dan kadang kala pada bahagian ketiak.Seborrheic dermatitis juga boleh berlaku dari usia bayi dilahirkan (ruam lampin) dan beransur hilang pada usia satu tahun.

    Bagi mereka yang dijangkiti HIV, masalah ini lebih serius berbanding biasa. Menurut Dr. Gangaram, biasanya doktor boleh mengenal pasti pesakit yang menghidap HIV berdasarkan keadaan kulit kepala mereka yang mengalami kegatalan serius hingga merebak ke bahagian lain.

    Stres juga boleh mengundang masalah seborrheic dermatitis menjadi lebih teruk.

    Kulit kepala kering, gatal dan berkeruping – disebabkan cuaca panas. Bentuk keruping disebabkan kulit kepala kering biasanya kecil-kecil dan kurang berminyak berbanding lain-lain punca yang menyebabkan kelemumur.

    Kurang mencuci rambut – jika anda tidak membasuh rambut dengan kerap, minyak dan sel kulit daripada kulit kepala akan terbina, menyebabkan kelemumur.

Sensitif pada sesetengah produk – kadangkala sensitif kepada sesetengah jenis produk rambut menyebabkan kulit kepala menjadi kemerahan dan gatal. Terlalu kerap mencuci rambut juga boleh menyebabkan kelemumur.

    Psoriasis – Masalah kulit berpunca daripada pengumpulan sel kulit mati yang menghasilkan keruping berwarna perak. Ia biasa berlaku di lutut, siku tetapi boleh juga berlaku pada kulit kepala.
    Ekzema – Jika anda penghidap ekzema, kelemumur adalah masalah biasa.
    Jangkitan yis malassezia – Malassezia hidup pada permukaan kulit kepala hampir kesemua individu dewasa tanpa menyebabkan sebarang masalah. Namun kadangkala, ia berkembang tanpa terkawal, merembeskan lebih minyak daripada folikel rambut. Ini menyebabkan iritasi pada kulit kepala dan menggalakkan lebih banyak sel kulit terhasil. Lebihan sel kulit akan mati dan tertanggal dan bercampur dengan minyak daripada rambut dan kulit kepala, menyebabkan ia kelihatan memutih, berkeping dan jelas kelihatan pada rambut juga pakaian anda.Walaubagaimanapun punca sebenar malassezia tidak diketahui. Boleh jadi disebabkan terlalu banyak minyak pada kulit kepala, perubahan hormon, tekanan, masalah saraf seperti parkinson, sistem imun terganggu, tidak mencuci dengan kerap, dan semua masalah menyumbang kepada kelemumur.

Sumber : Utusan Online

Jadi kita sudah tahu puncanya..maka kita boleh cuba atasinya...
Shaklee ada set utk kelemumur rambut
Antaranya
~ vit b complex
~ vit c
~ zinc complex

Serta penggunaan shampoo bebas kimia shaklee

No comments: